Vaksin HIV kurangkan risiko jangkitan virus sebanyak 31%

>> Jumaat, September 25, 2009

sumber: utusan meloya melayu

BANGKOK 24 Sept. - Buat pertama kali, satu uji kaji vaksin berjaya mencegah jangkitan virus AIDS, satu titik perubahan kepada wabak maut itu selain satu keputusan yang mengejutkan.
Para penyelidik di bandar ini hari ini memaklumkan, vaksin tersebut mampu mengurangkan risiko jangkitan HIV pada kadar lebih 31 peratus dalam eksperimen vaksin AIDS terbesar di dunia yang melibatkan lebih 16,000 sukarelawan di Thailand.
"Walaupun kesannya sederhana, ia merupakan bukti pertama bahawa kita kini mempunyai vaksin pencegahan AIDS yang selamat dan berkesan,'' kata Kolonel http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=9125075863458431850Jerome Kim semasa diwawancara melalui telefon.

Menurut anggaran Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB), setiap hari seramai 7,500 orang di seluruh dunia dijangkiti HIV; dua juta orang maut akibat AIDS pada 2007.

p/s: lately, sgt malas nak baca news atau hendak mengambil tahu pasal pergolakan politik tanah air. pandi semangat bg updates bagan pinang, dan den pulak angguk2 sajer. mengapakah demikian.. hehehe... otak den akhir-akhir ni sgt menolak dari memikirkan perkara yang berat-berat. hanya hendak buat perkara-perkara yang santai-santai saja seperti makan ais krim smbil layan youtube dan/ atau makan kerepek sambil surf cerita-cerita kelakar kat internet. mengapakah agaknya.. :p

5 komen:

AbgJoe 9:13 PG, September 25, 2009  

sekali baca ingatkan thaksin...dua kali baca rupanya vaksin...sebab ada tulis bangkok tu..

musykil la berita ni disebabkan jumlah sukarelawan yg ramai iaitu 16 ribu orang. sukarelawan?

16 ribu orang sanggup nak kena masukkan virus HIV yang semua tahu tiada ubatnya? seolah2 16 ribu orang sanggup kena tembak untuk test bulletproof vest yg baru.

lain la kalau dah ada ubat utk HIV jika vaksin tu tak berkesan.

erkk

Tanpa Nama,  9:20 PG, September 25, 2009  

btul jugak tu bro. but 4 people yg high risk group of getting HIV, this is like a god-send.

juga tak faham kenapa 16000 org tu sanggup jadi guinea pigs. giler ah. dibuatnya vaksin tu backfire n menternak virus HIV tu dlm badan, tak ke naya.

so, perhaps, new conspiracy theory?
hehe...

E

AbgJoe 9:58 PG, September 25, 2009  

publisiti stunt kot.

celah2 gawat sekarang ni, macam2 boleh jadi. dgn H1N1 yg serius di thailand, kena la balik ke asal - industri seks dia.

jgn la disebabkan berita vaksin ni, kaum gay makin naik minyak!

Xenan 11:38 PG, September 26, 2009  

kalau siam...tak susah pon.
hehehe.

Ramai jek yg rela..or mmg tgh wat keje berisiko camtuh.

Tanpa Nama,  2:29 PTG, September 26, 2009  

and, how would u know it la xenan?

nih nampak sgt expert on siamese.. haha...

:p

E

Catat Ulasan

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP