hari ni den bakal bz. smlm beli daging beku 5 kg, ayam 6kg, sesayur etc. beku ya amat la daging ayam tu. dr smlm den letak dlm besen je, smpi pagi ni tak lembut2 lg. hadui.. oleh kerana daging beku import, kena rebus dulu la. ni sambil2 tunggu daging tu lembut, smbil2 menaip.
mak takde kat rumah ni. ada urusan kat luar. adik den yg cikgu lak gi kursus. adik den yg bongsu skolah. hadui.. tinggal den sorang lg ni nak men masak2. jap lg den kena bekejar g pejabat daerah. off all day, baru hari ni tuan pegawai daerah nak berjumpa. hadui hadui..
anyway, hari ni nak kenduri doa selamat dan kesyukuran. adik lelaki tunggal, mohd fadhly, dapat masuk matriks UIA. dia dapat offer pegi ireland but he didnt want it. takpe la, dia nak stay close at home. kenduri doa selamat sekali dgn syukur sbb dia dapat 10A1 dlm SPM thn lepas. ALhamdulillah..
sy sgt2 bersyukur sebab kami adik beradik Allah kurniakan dgn sedikit kelebihan akal, walaupun keluarga takler kaya raya mcm Vincent Tan. nak beli tiket kapal terbang pon kena korek sana sinun. keh3.. adik no 2, cikgu fizik (ex utm). adik no 3, executive celcom @ menara celcom (ex uia). adik no 4, executive institut biosains, asian fisheries @ manila, philipine, (ex upm), adik no 5 tgh training kat petronas cari gali (blaja kat utp tronoh), adik no 6 blaja mechatronic eng @ ums, adik no 7 ni mohd fadhly, adik no 8 form 5, dan adik paling kecik form 3.
Alhamdulillah.. Allah tak bagi km harta benda, tp ALlah kasi kelebihan sedikit akal. kalau balik kg, bila org dtg umah je, mesti tanya camana mak besarkan km, kasi makan apa etc blablabla.. mak slalu jwb, takde apa sgt, tak pernah suruh blaja pun. pandai2 diorang la. sbb mak org kg, datang jauh dr indonesia, skolah dia tahap darjah enam saja, tp dari crita nenek, mak masa kecik2 sgt lah bijak. umur baru 6 thn, dah jalan kaki 2 batu semata2 nak gi kelas blajar membaca utk org dewasa. pdhl dia kecik lg.hidup di indonesia dulu sgt lah susah, jadi mak tak ada peluang belajar. kecik2 lg berhijrah ke malaysia utk carik rezeki.
bapak kami lak jenis yg gigih berusaha. kalu bapak start citer zaman dia kecik2, perghh.. mau kami gelak berdekah2 sambil begolek2 atas lantai. sbb bapak pun sgt lah miskin hidupnya masa kecik. ada sekali nih, bapak citer dia tinggal kat asrama. tak penah ada duit. nak beli sabun ke ubat gigi pon takde duit. nk beli buku jauh sekali la. so tiap kali petang2 nak mandi, bapak akan ikut kengkwn dia gi bilik air, sbb nak mintak sikit2 ubat gigi.. sedih tau (tp kelaka gak hihi). tp yg kami bebulu, bila bapak citer pasal warden dia. bapak jrg dpt bayar yuran makan, so slalu kalau bapak tgh2 mkn, cikgu warden yg jahat tu akan dtg kat meja bapak.."haa.. sedap kan makan dewan makan? sedap kan kalau makan percuma? yuran bila mau bayar?" kuang hajo.. kalu den jumpa ekau wahai warden, den gulung2 n campak duit tu kat muka ekau..
bapak dimurahkan rezeki dpt keja. bpk citer, masa dia pegi interview, semua org pakai kemeja segak. kasut itam bekilat. bapak kata, dia buleh becermin kat kasut diorang. wpun dah bnyk kali bapak citer, kami suke je nak tanya lg, bapak pakai baju apa..? bapak akan cakap, bpk pakai kemeja putih sekolah dia n suar sekolah yg dah usang.. kasut plak kasut getah warna putih yg style pegi menoreh. keh3.. bedekah2 kami gelak. pegi interview pakai seragam sekolah.. tp alhamdulillah, buruk2 pun baju bapak, bapak dpt gak keja. n sampai la skrg.. murah rezeki..
sbb tu masa kami membesar, minta lah apa saja. bapak tak pernah say NO. mintak duit, mintak baju, mintak henfon mintak kredit mintak duit sewa itu ini, bapak tak penah cakap TAK BOLEH. walaupun mak bersungut smpi nak kuar sesungut (mcm kakmot ahakz) tp bapak mesti akan bagi. kalau bapak suh gi kedai paling best. sbb duit baki tak payah bagi balik. kalau mak, singgit pon kena bg balik. hihi.. dulu masa den kat aust, tiap2 tahun den balik bercuti. bapak tak pernah merungut kena bayar tiket dekat 3000. bukan den sorang. adik2 den asal cuti jek mesti nak balik. tiap2 tahun tah berapa ribu bapak habis utk duit tiket meniket nih sahaja. tp bapak tak penah bersungut. malah bapak bangga. sbb anak2 dia suka balik rumah, tak macam anak org lain, bila cuti jek suka melepak ngan kawan2.
nanti len kali den citer lg. citer pasal mak lak. tp hari ni citer pasal bapak sbb bapak baru je bg kredit kad dia. kwang3. den dititahkan utk menguruskan hal2 tiket meniket utk adik2 den nih lg. sbb tu den teringat betapa bapak ni pemurah la sgt. duit bg dia takde pentingnya. kengkadang den nak pow, mintak duit minyak, bapak kata gi la tgk kat poket suar, kot ada amik la.. kih3.. semua utk the gurls n the boy. Alhamdulillah..
"Ya Allah.. ampunkanlah kedua ibu bapaku.. kurniakanlah kesihatan kepada kedua orang tuaku, dan kasihilah mereka, sebagaimana mereka mengasihi diriku.."
gambar bapak dgn senapang patah kami. gambar ni masa kami cuti kat kampung ujung thn lepas. bapak beli senapang nih tp utk kat kampung je. best woo. hari2 ada 'shooting practice' kat blakang umah. bapak siap buat papan target. hihi.. kitorang ganti2 belajar menembak.. jgn memain.. den tera menembak tupai. i love you.. my father my hero :)
Read more...