its new moon.. again :p

>> Khamis, Ogos 27, 2009

just finished my 20pages of corporate communication strategies: how to really score a campaign. haha..pasnih, kalu ada PRK atau by elections mana2, sila jemput den utk choreograph lu olang punya campaign to win.dun worry, den nyer formula is a formula to success. keh3...

ok, actually den bukan nk ckp pasal campaign. here, its twilight mood again.. sometimes bila den bnyk keja, due dates, lots and lots of reading to do, stuff to buy, places to go.. i have to find something yg ringan2. so i wont go nuts. believe me, everyday, i have tons of work that all needs doing. *sigh....*

so hr ni, den agak jiwang sket. melancholic romatika de amor gitu. hihi.. (alamak.. jiwang2 bulan pose apa kes???).. so if u remember, i talked about twilight a lot in here. official trailer here for first twilight here.

honestly, movie twilight sederhana saja kualitinya. jalan crita simple, tp stunts, etc is very mediocre. mula2 tu, i thought, this could have been a great movie, tp cara pemkininan filem, sgt.. lekeh gitu. kena tgk sendiri baru paham la.

anyway, new twilight movie akan release this coming november. huhu lamanya lg.. diorang kata new moon is even better than twilight. I HOPE SO. rupa2nya, movie twilight yg first is directed by catherin wardwick. patot la movie tu agak kurang. woman director. but this time, new moon is directed by chris W. male director. harap2 stunts n filming ada upgrade from the previous movie. hopefully.....

twilight nih best sbb pelakon dia semua hebat2. pelakon saja. sgt membazirkan bakat pelakon jika movie tak difilemkan dgn baik. tgk trailer twilight yg first pun sbnrnya dah boleh agak kualiti movie tu.

so checkout new moon punya trailer. cool beb. jacob vs edward. of course, edward wins bella at the end. dlm twilight n newmoon, jacob punya watak best. tp bila amsuk eclipse n breaking dawn, aiyah.. jacob jd annoying coz dia tak puas hati edward dpt bella. so cant wait to see new moon..

p/s: ni official trailer yg ada jacob. tgk dekat yg last2..minute 1:00 keatas. part ada the volutri. aro, amrcus, caius, jane n alec. jane is played by dakota fanning. aiyah.. i so loved this child actress. sgt talented this kid. n of course.. edward n jacob. jacob cool je...  eeee cannot wait cannot wait... lamanye lg november...:p

Read more...

Saya Boleh Report Polis..

p/s: nih entry dr blog adik den, c atik.. hihi.. den baco nak tegelak.. -_-

 

Saya boleh repot polis!

Ini cerita benar sebagai teladan kepada semua (especially wanita yang selalu naik teksi dan "agak" pelupa@kelam kabut), jangan takut... EVERYTHING'S OKAY~

*****************

Sebagai pemulaan cerita, di pagi isnin yang panas terik, kira-kira pukul 1030 pagi, aku dan Ija (bukan nama sebenar, haha) telah menaiki teksi untuk ke Ampang. Tujuan kami adalah untuk mengambil kereta Ija yang baru lahir (WSX #$%^). Sepanjang perjalanan, pakcik teksi nie (Julat umur: 50-65 tahun) sangat la baik tatacaranya (dari segi pergaulan, bahasa dan cara pemanduannya...)... Siap mcm bleh wat geng lagi, sebab dia pun minat JALAN² CARI MAKAN, bagi tau kat ktorg mana² port makan yang sedap... Setelah sampai, ktorg pun bayar sebanyak RM40, tak kesah la mahal pun sebab boleh claim (korang, kalau ViVa Forever aku, RM40 tu da boleh sampai Kuantan dengan bergaya dah....) Ktorg pun dengan sopan dan tata susilanya mengucapkan terima kasih kepada pakcik teksi tu, Ija siap bagi salam lagi, kalau aku x silap... nak tunjukkan pada korang betapa aku and Ija sangat menghormati beliau.

^%^#^*%&^&*%^&%&^$^.... selesai lah urusan Ija dan kereta yang baru lahir dah boleh discharge (bleh bawak pulang dah).

On the way ktorg balik dengan baby baru Ija, aku perasan handphone aku xda... Kitorang perasan masa stop kat Shell untuk isi minyak dan beli sticker.

Aku: Ija, miskol jap handphone aku.

Ija: Jap²... (sambil miskol)

Senyap... xda lagu Secondhand Serenade kedengaran... Masa tu aku da mula nervous dah...
Ija call member dia kat kedai kereta td, tapi dia pun x nampak handphone aku.

Aku : Xpa la ja, aku rasa tinggal kat dalam keta aku or teksi tadi.

Ija : Ok², nanti cek balik.

Sampai la ktorg kat Serdang, Ija drop aku kat keta aku kat KMR, then dia pun blek fakulti, aku singgah kat pakcik² teksi, tapi teksi kaler hijau yang aku naik pagi tadi x nampak pun.. Dengan berbekalkan resit bank lama dan sebatang pen, (untuk catat number hp) aku menghampiri pakcik² yang melepak tunggu customer...

Aku : Assalamualaikum pakcik... kenal x pakcik teksi yang kaler hijau tu? Dia kat mana ek?

Pakcik Teksi: W'salam, yang mana satu ni?

Aku : Dia bwk teksi hijau pagi tadi, org Alor Star.

Pakcik Teksi: Oh kenal², yang pakai spek kepala putih² tu kan...

Aku : Haah² (mengangguk²)... Die kat mana ek? Sy punya handphone tertinggal kat dalam teksi die kot... Ktorang g Ampang tadi... Pakcik ada number hp dia x?

Pakcik Teksi: Oh yke, number hp xda la... ktorang xda number hp dia... tapi dia mmg kat sini je. (parking teksi)

(Pakcik² teksi yang lain pun mengangguk setuju...konon nya dorang xda number telefon pakcik yang aku cari neh....) AKU X PERCAYA!!!!

Aku : Hermmm xpela, nanti saya datang balik... petang macam tu ke...

Then, aku pun straight balik ofis yang dah aku tinggalkan hampir 2 jam lebih. Sampai ofis, aku try kol handphone aku sekali lagi (guna phone ofis). Dan, pakcik teksi kaler hijau tu angkat!
Aku punyalah gembira sakan.... Dia cakap dia tengah drive tadi, so x dapat nak angkat phone yang asik berbunyi and sekarang dia baru sampai tempat parking teksi tadi. Aku pun cakap nak ambil handphone tu sekarang, dia cakap ok, tapi bawak duit nak tebus. Aku pun gelak² dengar lawak dia, pastu dia cakap lagi....malangnya aku x paham sebab dia guna bahasa Kedah pekat sangat... so aku x dapat nak tangkap apa dia cakap.

Aku dengan excited sbb handphone aku x hilang jauh, bergegas drive jumpa pakcik tu, lesen + purse semua aku x ingat nak bawak. Aku p ngan Pijah (bukan nama sebenar, haha). Sampai jak kat parking teksi tu, pakcik tu datang ke arah aku. Aku kuar dari kereta, tersengih² ucap terima kasih kat dia. Dia pun bagi handphone tu kat aku, then mula la perbualan yang aku akan rakam detik ini sepanjang hidup aku...

PT : Mana duit nak tebusnya?

Aku : (Terkejut) Eh, pakcik nie serious ke?

PT : Eh memang lah... itu memang peraturan teksi-teksi kat sini...

Aku : Peraturan? Pakcik nie, peraturan apa pulak ni? (mula x puas hati, tapi masih cool)

PT : Yelah, memang peraturan teksi² sini, kalau ada barang yang tinggal dalam teksi, ktorang bagi masa 1 minggu nak tuntut... nak tuntut tu pun kena bayar duit untuk tebus... RM10

Aku : (Makin x puas hati, tapi masih bersabar.) Eh, x kan macam tu pulak pakcik... main tebus² pulak.

PT : Dah memang macam tu kalau ada barang yang tertinggal... Haa tgk dorang tu da gelak² (tunjuk kat kawan² driver teksi dia), malu la pakcik kalau xdapat duit tebus.

Aku heran! Hati da makin panas...

Aku : Ape ni pakcik, x kan la saya nak bayar lagi. Lagipun saya mmg x bawak duit. kelam kabut datang sini semua tertinggal.

PT : (Mula nak tengking²) Inilah yang pakcik tak suka nie! Jadi buat apa pakcik nak bagi balik handphone tu? Kalau orang lain yang naik teksi nie, mesti dia off kan pastu ambik trus handphone nie. Pakcik suruh bayar RM10 jak. Kalau x nak bayar, baik pakcik x payah pulang kan handphone ni.

Aku : Eh, apa pulak ni? X kan la pakcik nak buat mcmtuh? (Suara aku da mula tinggi) Kalau pakcik jumpa handphone ni, x bagi balik, then pakcik jual, duit tu nak buat apa??? (Duit x halal)

PT mula bengang (sbb terasa kot), bukak pintu kereta aku (Pijah kat dalam), then ambik handphone dari tangan aku, tunjukkan celah seat, tempat die jumpa hp aku (kat teksi dia) dia nak stat bebel kat Pijah, kononnya aku x reti bahasa, tapi Pijah macam blur².

PT : Ha kat sini pakcik jumpa hp tuh, kalau penumpang lain yang jumpa, mesti dia x bagi balik punya.

Aku : Ye saya tau, tapi sekarang pakcik yang jumpa kan? X kan la nak tebus² pulak...

PT : Bukan pasal tuh, tapi sekarang ni kamu x ikhlas!!

Aku : (Keliru dan marah) X ikhlas?? Sekarang nie sape yang x ikhlas? Ini handphone saya, saya nak tanya, pakcik ikhlas ka tidak selamatkan hp nie?

PT : (Handphone aku die masukkan dalam poket baju dia) Tak kira, kamu nak hp nie, kamu bayar dulu duit tebus.

Aku : (Darah dah mendidih) Ok, xpe2! Pakcik hambek la handphone tu. Saya boleh report polis! Saya x kesah!

PT da mula cuak, trus nak kasi handphone tu kat aku. Aku x layan. Aku trus masuk keta, then auto lock.

PT tu ketuk² cermin tingkap belah seat Pijah, nak bagi handphone, sebab takut aku nak repot polis. Aku buat² keta nak gerak, makin kuat dia ketuk cermin tingkap aku. Aku pun turun kan sikit window Pijah, Pijah ambik hp tu... Vroooommmm aku trus x toleh belakang lagi!!!!!

TAHU PUN TAKUTTTT!!!!!!!!!!!!!!!!

Kesimpulan: Selagi boleh diselamatkan, selamatkanlah, teruslah berusaha... dan ingatlah perkataan keramat ini, "SAYA BOLEH REPOT POLIS".


nyle: sometimes, i always wonder.. is it genetic or are we sisters are born with this indefinite 'dangerous streak' but cool at the same time..we attract troubles and guys like magnet. mcm magnet sungguh kitorang adik beradik. aih... kalu den, den bayar rm10 pastu blah. tp atik ni sama mcm jane..  'feminist' sungguh. hi3. den ni versi yg mellow n agak2 cool. muahahahaha... -_^

Read more...

LAGI MANGSA H1N1: JUMLAH MANGSA 71 ORANG

>> Rabu, Ogos 26, 2009

Untuk makluman, satu kematian didaftarkan pada hari ini setelah disahkan oleh Jawatankuasa Semakan Kematian (Mortality Review Committee). Maklumat ringkas mengenai kematian tersebut adalah seperti berikut:-

Seorang wanita berumur 24 tahun yang obes mula mengalami demam, batuk dan sakit kepala pada 08.08.09. Pesakit telah dimasukkan ke hospital swasta di Kuantan pada 10.08.09 dan dirawat sebagai viral pneumonitis. Pada 12.08.09, pesakit dirujuk ke hospital kerajaan kerana keadaannya bertambah teruk dan seterusnya dimasukkan ke ICU pada hari yang sama. Rawatan antiviral dimulakan pada 12.08.09 dan ujian makmal mendapati kes positif influenza A (H1N1) pada 17.08.09. Walau bagaimanapun, keadaan pesakit bertambah teruk dan beliau meninggal dunia pada 19.08.09. Sebab kematian adalah H1N1 with Acute Respiratory Distress Syndrome (ARDS).
sumber : MOH

nota: Arwah meninggal hampir seminggu lepas. Kenapa tidak maklumat lengkap nya terus diumumkan? Apa yang kerajaan cuba sembunyikan? Apa yang sedang berlaku dalam 1Malaysia ni????

Read more...

story of my car in one... scary nite? (2)

previously here: http://evnyle.blogspot.com/2009/08/story-of-my-car-in-one-scary-nite.html

ops....

den trus pandang depan semula. ila masih lg pot pet pot pet.. den diam je smbil tgk jalan kat depan.. tp masa tu, lgsung tak rasa takut. rasa tekejut skit je. tp nak kata takut.. mmg takde. hehehehe.. smpi skarang den pelik kenapa den tak menjerit mcm dlm drama melayu, tak tebabas langgar pokok ke. tp nasib baik gak la. sbb kalu tebabas, bukannya langgar pokok, tp jatuh gaung. tgh kat bukit tinggi ni....

agak2 smpi je puncak bukit, keadaan jalan dah menurun.. den free gear, biar enjin cool down. masa ni den beranikan diri toleh tgk belakang lg. alhamdulillah... 'orang' itu sudah tiada.. den tergelak dlm hati. agaknya 'orang' itu cuma nak tumpang naik bukit kot.. hi3.... den tgk ila cam biasa jek. ha.. minah nih, kalu den, dah kering air liur den cakap tak henti dr td.

bila lepas kawasan bukit tu, rasa dah selamat sikit. sbb bukit tu je yg mmg den slalu risau. sbb tgh hutan..bila jalan dah rata, den pecut. bantai 120. steering den dah begegar. perghh.. tayar nak kene balancing n wheel alignment lg la nih. padahal jalan bukannya highway. bnyk lobang2. ni kena pandu mcm dlm death race nih. sbb nak kejar jane. tak lama tgk nampak kelip2 merah lampu keta. agak2 jane la tu.. den signal high beam, dia pon slow down. ampehs nye budak. tau la takut, tp jgn le laju sgt. ekau tu baru 3 hari kawen..

journey lg sejam nk smpi umah nih. agak2 jalan lurus takde lobang2, kitorang rempit laju2. satu, sbb dah lewat. dua, takut kono sound ngan omak. hihi..

smpi kat area ladang kelapa sawit kiri kanan. jalan lurus je. den pon tekan minyak rempit abis dah nih. kasi can jalan takde lobang2 nih. skali tuh.... keta den slow down.... aikk.. 120..110..80..70...50...40....30....
den tekan minyak. tak gak laju.. smpi la keta tehenti. sib baik den cepat pikey. sebelum keta btul2 terhenti, den pusing kiri kuar dr jalan.

damn.. keta trus mati tiba2. oh no.. kat ladang kelapa sawit ni lg bahaya dr tengah hutan. area pekerja asing nih. area slalu org kena kidnap etc. ya Allah.. masa ni mcm2 la den ngutuk diri sendiri. padan muka.. dah tahu keta tu uzur, bwk lg rempit.. huwaaaa....den start lagi, kompom mati. signal bateri idop, tp enjin tak start.

masa ni baru ila stop pot pet pot pet..

"lyn.. napa tiba2 nih. keta rosak ke?"

den tak jwb.. den tgh pikey camne nak buat nih.. henfon takde, jane jgn citer lah. ntah2 dah smpi umah. kompom kalu dia smpi trus tido, tak perasan pon den tak smpi lg.

"ko tunggu dlm keta.. kunci tau. aku kuar tgk jap. enjin panas sgt kot.."

ahh sudah. torchlight pon takde. nak tgk apo gelap2 mcm nih. den tunduk, capai besi yg bapak letak bawah seat.. den kuar, bukak keta. damn.. tak nampak apa.. gelap seh..den raba2 radiator, enjin.. tubing.. takde la panas sgt atau ada kesan2 bocor.. ni mesti ignition problem nih.. den masuk blik dlm keta..

"lyn, td aku on hp ko, sib baik ada bateri skit lg. aku dah sms jane, ckp kita stuck. harap2 sms tu smpi sbb hp ko dah ter off lg nih.."

"ok.. kita tunggu je la dlm keta.. kalu jane tak dtg balik, kita tido je la dlm keta"

masa tuh, mcm2 dlm pala otak den. uwaaa nyesal sungguh den balik lewat. dah la tu, ada ila plak. dibuatnya ada penjahat ke tgh2 malam buta nih.. uwaaa... dah la tak pikey keselamatan diri sendiri, tak tepikey lak keselamatan org lain.. i am so wreckless.. but.. ni bukan first time den wreckless mcm nih. tetiba rasa kelakar.. hihi...

tak lama pastu, den nampak ada lampu keta. weee heeeee.. jane. dia park tepi, pastu kuar. kitorang kuar gak dr keta.. tak cakap ape2.. trus gelak sakan.. kekekekeke... hihihi.... ntah apo yg kelakar pon den tak sure.. tp rasa masa tu mmg kelakar..

"syhh syhhh... dah la tu.. gelak plak. kang datang mamat indon dr celah kelapa sawit tu br tau.." den buat2 garang... hi3...
"kekekekeke...tunggu la esok pagi.. mau satu kampung gelakkan ko lyn.. sapa suh, atuk suh balik awal, korang kata hari masih muda...." lg budak2 ni bantai gelak.. aihh..kureng tol..  loony bins.. hihihi..

di celah2 kelapa sawit, di tgh2 malam gelap gelita, kitorang gelak bedekah2.. gelakkan diri sendiri.. keta dah uzur, bawak rempit lg.. pastu, sbg langkah keselamatan, kitorang sorong keta tu masuk semak sikit. uwaaaa.. tak penah lg den merasa sorong keta. seb baik jalan rata.. peluh toksah citer la.. kaki abis masuk lumpur..

kitorang pon naik keta jane.. esok je la panggil tow truck tarik masuk bengkel. dah dekat kul 1pagi nih beb...

....bersambung lg..
nantikan kesah seterusnya.. "sisters united vs megatron"

hihi.. ape2 pon.. gelak dulu.. :p

Read more...

story of my car in one... scary nite?

p/s: dedikasi untuk ahli kelab taman paramount.. tepuk tangan ramai ramaiiiiiii... ngeh3...

terdahulu, kesah awalnya disini: http://evnyle.blogspot.com/2009/06/story-of-my-car-1.html

so keesokan harinya, masih ada sanak saudara yang perlu dihantar pulang. of course, spt biasa, tugas merempit2 sana sini tergalas dibahu den. hari ni, hari jalan jauh. gi kk tu.. den selalu kalau boleh mengelak g kk, coz big city, traffic jam, panas2 nih sungguh2 bukan kgemaranku.

den angkut 2 org makcik dan dua org pakcik. hari tu konvoi dgn family atuk sedara. diorang satu family naik avanza. den plak ngan iswara den yg dah uzur.. uhuk.. so pagi tu kul 6 lg dah start journey. sengal jugak la jalan raya. 3 jam lebih baru smpi kk, jalan raya kat bukit ulu kukut teruk gila, dah la berbukit bukau, jalan berlubang sana sini kat bukit, siap bnyk detour/lencongan lg. dlm hati den, mak aih.. kalau jalan balik nanti lg teruk nih...

sampai2 je dekat kul 10, trus anto makcik2 n pakcik ni g stesen. selamat dah satu tugas.. so tugas seterusnya adalah escort family atuk nih jenjalan, maklum la diorang dtg dr jauh for the wedding, so nak g jalan2 la. kebetulan hari tu, jane dah ada kat kk, sbb hari sblm tu dia ngan family husband dia g kk sbb anta family asben n asben dia balik kelantan. den tinggalkan keta kat umah sorang lg adik den, pastu suh jane dtg pick up n kitorang pon konvoi la jenjalan.. dekat kul 4pm camtu, atuk kata nak balik umah dah. aiseh.. hari masih muda nih.. muahahaha...

atuk sedara ni ada 4 org anak. kira pangkat makcik den la. tp sbb anak dia muda2 baya den lg.. den tak panggil makcik. maklum la.. culture difference. aplikasi budaya barat. muahahahaha.. yg paling tua ila, pastu fifi, roy pastu nor paling kecik. den ngan jane mcm tanak balik lg.. sbb ptg tu cuaca cam best je. saja nak melepak2 kat kk. so den bisik2 la kat ila nih..suh dia mintak izin kat atuk spy balik lewat. bio la atuk ngan nenek ngan adik2 die balik dulu. ihihihi..

den takut2 gak sbb atuk sedara kitorang ni agak2 alim. kitorang ni plak jenis carefree.. asal pandai jaga diri org kate..tp ila ni jenis cool je, dia ckp kat atuk tu dia nak balik ngan kitorang.. den dah cemas dah.. mesti atuk nih pikey kitorang ni bg contoh tak baik kat anak die. ade ke patot pompuan melepak2 kat tgh bandar tanpa di temani muhrim.. hihi... wahh.. dgn tak disangka2 atuk bg greenlight. sporting lak atuk den nih. siap dia suh fifi, adik ila balik skali la ngan kitorang. katanya, sorang nanti leh naik keta i, sorang lg naik keta jane. so kalu blik dah malam takde la sunyi.. wah.. cantet jugak tu. den tak terpk lak. ngeh3..

pastu kitorang pon pusing2 la bandar kk. alah.. ni yg den tak gemar nih. jalan ngan kaki shopping. mau naik kematu kaki den kalu kena layan budak 3 ekor nih. dgn jane lg yg hantu beli kasut. ila pon lebih kurang rajin window shopping.. pusing punya pusing, tgk2 jam dah kul 7mlm. alamak.. nak balik nih punya la jauh lg.. kitorang pon cepat2 amik keta. ila naik ngan den, fifi naik ngan jane. start journey. oleh sbb dah malam, den suh jane kat depan. sbb den ni ahem... mengalami kecacatan rabun malam yg kekal. hihi.. kdg2 tak leh beza lampu merah ngan lampu keta org. huhu.. so better den dok blakang. folo jane jek.

sikit punya laju ktiorang rempit mlm tu. of coz jane bwk laju je kat depan. haha.. kitorang adik b eradik sume bawak keta cam pelesit. ni mak yg kata. kehkehkeh.. ni lom rempit ngan dua org adik den yg kat kl.. maybe its genetic. hehehe..

smbil2 tu den borak la ngan ila. ila ni mmg kaki borak. den cam biasa la.. mendengar jek. mcm2 dia story. smpi la ke story yg dia putus tunang. mak aih.. sedih gak den dgr. den layan jek la borak c ila nih. ada sekali tu, den tak tahan, tegelak besar den. ni gelak guling2 nye style... kalu tak sebab den kontrol, mau tebabas kitorang. ngeee....

ila: lin, ko jgn marah tau kalu aku cakap nih... ko ni mcm mustahil single.. mustahil takda pakwe.. tp aku yakin ko single..
me: aik.. napa lak ko ckp camtu.. (ceh.. terhina jap den dia ckp dia yakin den takde pakwe)
ila: sebab henfon ko sepah2.. org single je yg sepah2 henfon merata.. tgk.. ko bwk henfon, tp dr pg td henfon ko dah takda bateri..

kekeekekek.. adui la.. den malas nak jwb komen2 c ila.. masa den gelak2 ni lah.. den perasan kereta den makin slow... masa ni naik bukit ulu kukut.. bukit ni terkenal dgn pelbagai kesah seram. tp mmg jenis den nih, tak layan sgt citer2 seram nih...

dah kira pertengahan bukit.. keta den makin slow ya amat. mula2 gear turun gear 3.. pastu gear 2.. uih.. den racing minyak pon tak naik dah. ila khusyuk je pot pet, dia tak perasan pon keta dah tehegeh2 naik bukit. den tgk kat depan, jane dah ilang dr pandangan. suasana gelap je, tgh hutan nih... jane mesti dah lajak, sbb dia ni extra penakut.

den tekan minyak, gitu gak. tehegeh hegeh.. dlm ati den, abis le kalu kete ni meragam kat tgh hutan nih. dah la den takde hp, hp c ila lak Digi. mana ada reception tgh hutan nih. jane lak dah ilang dr pandangan.. aih.. tak leh jadi nih.. den doa dlm hati, asal leh gerak pon jadi la..

"ila.. gila berat keta nih.. aku race gear dua pon tehegeh...nasib baik takde keta kat belakang...kalu tak.." smbil cakap tu.. automatik den toleh belakang sbb nak tgk.......

masa tu lah den nampak satu lembaga besar baju putih duduk santai kat seat belakang....

ops..

Read more...

i wish..

>> Selasa, Ogos 25, 2009

dear..
dream happy dreams..
you are the only one..
who has ever touched my heart..

its been 365 days..
but never once a day passed..
did i not think about you..
or neither have i..
ceased from loving you..

Happy Birthday.

Read more...

http://info-h1n1.blogspot.com

>> Ahad, Ogos 23, 2009

so.. here goes nothing.. hehe... masih dalam pembinaan. but im launching anyway. sepenuhnya dlm bahasa melayu (hopefully), agar mudah diakses oleh setiap peringkat umur (tho, its giving me terrible headache), dan terima kasih pada bro sufferage (Whispering Wind) atas kerjasama editing html plus the icon and logo (he promised more to come), to AbgJoe, Xenan, Kakmot and people who i forgot to mention.. thanks. and still.. can we have more inputs? haha.. peace :p


btw, kalau sudi, copy paste code dibawah dan boleh add kat sidebar. automatik keluar picture.
reminder: logo image to akan diubah suai dari masa kesemasa. but its ok. itu keje kitorang. the link will stay the same.. so, link us up!! -_^





Read more...

ramadhan, h1n1 & handicraft@borneo

>> Sabtu, Ogos 22, 2009

1. pertama sekali, selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak. puasa jgn cilok2 eh. (p/s: piz, nur, kakmot, den tau korang poso tak penah penuh semenjak korang akil baligh, tp jgn ler suka suki melantak kalu tak poso.. muahahaha... :p )

den join venture ngan Unit Amal nak pasang banner dan bendera. funding dah ada, tp tak dpt kelulusan dr kerajaan negeri lg.. (den nak maki hamun kerajaan negeri pon tak leh, bulan poso dah nih..) nak pasang banner n bendera yang tulis "selamat datang bulan ramadhan".. kat tepi2 jalan, pintu masuk sekolah2, kat roundabout, simpang jln.. etc... untuk mengimarahkan lg feel bulan ramadhan nih. ala2 sure heboh. sure hebohkan ramadhan. kalu konsert buleh, napa bulan ramadhan tak buleh plak kan? den tak tahu la style mcm ni bidaah dholalah ke, bidaah hasanah ke, bidaah aminah ke.. tp den raso, takdok masalahnya kot.

korang ada pendapat? cuba bgtahu den.

2. h1n1 : blog yg akan menghimpunkan segala maklumat (harap2 lah), almost siap. siap template sahaja la.. muahahaha.. isi2 nya masih dlm proses transliterasi. btul ke ejaan tu. siapa2 yg ada nak submit artikel, atau berminat jadi author tak bergaji, please please bgtahu den. kita try la memanfaatkan waktu yg tersisa.. den still lock access, sbb baru siap 10%. agak2 siap 50%, den release la. oh ya, nih adalah blog yg akan memanfaatkan sepenuhnya bahasa melayu. sbb tu, den merayu la sesangt mintak sapa2 jadi author tak bergaji. GMP ni beb..

addressnya: http://selsemababi2009.blogspot.com/

tp ramai org komplen ganas sungguh address itu. oleh kerana itu, please please bg idea address yg ok sket? den pon rasa ganas, tp den takdok masa nak pikey yg canggih2 nye address nih.

3. handicraft@borneo

muahahaha. nih la projek den yg asik menunda dirinya dah beberapa minggu. sungguh payah den nak mencari satu hari dlm seminggu dimana den buleh keluar mencari stok brg2. alhamdulillah, bulan poso ni kena time cuti skolah. so, esok den akan memulakan perjalanan jauh utk poie cari stok. blog den tak release jugak. sbb baru 0.9% siap. hihihi... sapo2 nak tulun, pun buleh jugak. tp gaji, tawon dpn baru citer... :p

Read more...

cerita santai la plak. asik2 h1n1. meh men teka teki

>> Khamis, Ogos 20, 2009

brader disman komplen, siang malam asik citer h1n1 jek.. yo la.. den nih, kalu sangkut je h1n1 kek den, kompom mati.. hihi.. ok2, lupakan h1n1 jap. kite sembang lain ler..

antara kegemaran den di masa lapang adalah main teka teki.. aih. bukan yg mcm peraduan teka bilangan kacang dlm botol. ni men teka teki yg super mengarut. hihi.. ni sungguh2 favret den dimasa lapang.. :p

tiap ari jumaat, biz den mmg agak slow skit. Alhamdulillah, wpun Allah slowkan duit den, tp Allah bg kelapangan masa utk rehat2 santai gitu. tgh2 den termenung, blingggg, den teringat nak men teka teki. tp den takde geng le plak.. so den pon pikey2.. sapo la mangsa2 yg akan jd 'guest of honour' nak men teka teki nih..

jeng jeng jengg...

tetamu2 kehormat den antaranya ialah puan maymot a.k.a kakmot, piz dan xenan. bro disman telah dibatalkan penyertaannya kerana die telah menyombongkan dirinya.. huh.. rules dia senang jah.. tak boleh tanya pokcik gugel.. kehkehkeh...

dlm pusingan pertama, den telah melontarkan soalan berbunyi begini:

"kain ape yg paaaaaaaaaaling berat kat dunia.."

kakmot: kain kapan.. kain sutera.. silk...
piz: kain kapan... (lepas dpt jwpn, piz telah ilang.. men ngan croc kat tegelam kot..)
xenan: kain dalam rosmah.. <== den tak paham mcmana xenan boleh terpikir nak jwb kain dalam rosmah, korang tanya la dia yer.... :p

wlubgimanapun, utk pusingan ni.. soalan den telah berjaya dijawab oleh xenan.. wpun agak mengelirukan. jwpnnya sebenar adalah.. jeng jeng jenggg...

"kain pelikat cap gajah duduk..."

hihi.. tp ni die jwpn sebenar xenan.. "kain paling berat adalah kain pelikat yg den pakai ni.berat ada gajah duduk". ok jwpn ni mengelirukan. xenan dan gajah?? korang pikey la sendiri.. keh3..

pastuh.. giliran kakmot lak mengajukan soalan. soalan kakmot berbunyi begini....
"kain apakah yg paaaaaaling seram"

soalan ni dibatalkan sbb ada keraguan pd jwpnnya.. jwpn kakmot adalah "kain langsir". ahh takde takde. tak logik.. kekekeke.. batal.. batal... :p

pastuh, den teruskan men teka teki ngan menjemput kazen den yg kat kl lak. abg azman ni mmg erkenal dgn lawak yg power, dan jugak koleksi teka teki. dia lak yg tanya den...

"apakah die yg ada dua sayap, tiga kepala, lapan kaki tp ada pistol?"

hahaha.. terkedu den beb. sempat den gelak2 pastu tanya kakmot. kakmot dgn secepat kilat menjawab soalan itu bg pihak den.. tere jugak kakmot nih... den pon dgn selambanya mencilok jwpn kakmot dan jeng jeng jenggg... abg azman terkejut sbb den dpt jwb teka teki dia. hihihihi... (sbb selama ni den mmg tak reti jwb teka teki. den suka men teka teki sbb jwpn dia slalu kelakar.. hihi..)

jwpan yg den cilok.. "koboi bawak ayam naik kuda.."

maceh kakmot kerana menjawab bg pihak den... :p

pastu, turn xenan plak bg teka teki. haha.. soalan xenan.. jeng jeng jeng....

"pintu apa yang 10 orang tolak pon tak terbukak..?"

aik.. den pon tanya abg azman lg. aisehmen. abg azman pon tak tahu. den pon blasah la jwb pintu syurga, pintu besi, pintu neraka.. haha.. ok la.. den pass.. tak sempat nk tanya kakmot sbb kakmot kata copp coppp die nak men masak2 plak. pastu, dgn belagaknya xenan pon bg jwpn...

"pintu yg ada tanda tarik ler...."

ek enna.....

sapo ada teka teki, meh pass sini. den nak wat koleksi.. :p ari jumaat kang den jemput men teka teki.. hihi..

Read more...

H1N1: dear comrades.. do we still stand united?

>> Selasa, Ogos 18, 2009



i always believed that, in times of crisis, there will always be hope. hope prevails, when everything else fails.


now, we are face-to-face with this. h1n1 is real. the threat is real. those deaths are real. and we know, the government is doing no shit. and that, my friend, is real.


are we going to just stare at the screens? are we just going to sit back and take precautions ourselves? are we just going to 'hope for the best'? am i just going to continue to scream, swear, curse to my heart content in my blog? are you just going to read, feel sorry, and then, 'hope for the best'?


if we fall in love with something or someone so deeply..

if we believe in something or someone so strongly...


are we just going to 'hope for the best'?


or...


do we STAND UNITED and DO SOMETHING for the best?


i strongly believed that, we can do something..more...

i believed, we can do whatever in our God's-given-talent, evrything within our own ability and power, to BEAT THE SYSTEM THAT HAS FAILED US.


dear fellow comrades, can we do something more to beat the system that failed us?

we have stand united before, be as it may, be as insignificant as some people thot,..

if we stand united, we can do it again..


comrades, lets go 'underground' again.. shall we?

aduka, xenan, kakmot, hanz, che, piz, faiz and all of us, can we do something to hammer the government (as ABGJOE put it)? another 'underground gig'?


ideas? anyone? its time to take bit of actions.

government is doing nothing or being snail-slow, and deaths are escalating. its not too late.

pls.. can we do something?

im open to any suggestion.


p/s: anyone can reach me here: elyn.evelyn [at] gmail [dot] com


Read more...

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP