Ya ALlah.. Perkenanlah doa kami...

>> Ahad, Oktober 25, 2009



Ya Allah,
Diri yang hina sujud memohon padaMu ya Rahman,
Mohon doa ini diperkenan Ya Allah,
Jika ada kebaikan dalam kegelapan,
Andai ada hikmah dalam kekhilafan,
Cerahkanlah penglihatan kami,
Limpahkan lah taufik dan hidayahMu pada kami,
Berikanlah petunjuk kepada sahabat, pejuang dan pemimpin kami,
Bantulah kami, kuatkanlah saf kami,
Tunjukkanlah kami jalan yang benar,
Mohon lindunganMu ya Rahman.. 
Daripada hasutan syaitan yang direjam..
Dan tohmahan manusia yang dendam,
Dalam impian kami menjulang syiarMu dimuka bumi,
Berikanlah kekuatan, keazaman, kecekalan dalam misi kami,
Lindungi kami dari kezaliman penentang syiarMu,
Pasakkan kaki kami teguh dibumi,
Teguhkan hati kami mendepani mehnah dan kemelut hari ini,
dan juga hari-hari yang bakal mendatang...

Ameen..Ameen..Ameen ya Rabb..


bro Xenan create logo diatas, ikutkan suara hati i jugak ler. jom pakat letak kat blog masing2...
JZK. sila klik blog beliau kalau nak get the widget. i dont know how to put wijet mijet yg siap leh scroll2 neh.. nak senang, direct je logo tu kat photobucket beliau disini http://i602.photobucket.com/albums/tt102/reset_edi/logo-reform1.jpg...

moga usaha yg kecil membawa kepada manfaat yang besar...

0 komen:

Catat Ulasan

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP