memory revisited #1

>> Rabu, April 15, 2009


alhamdulillah, my work is officially done today. baru sat tadi anto sumer paperworks kat abg amat. abg amat nih my kazen yg mengajar kat ceruk hulu pitas, sebuah daerah di kota marudu yang hanya boleh di akses dengan perahu atau bot dan juga kalu bernasib baik, lori-lori balak. itu pun hanya musim kemarau, kalu musim ujan, keta ada satu roda, dua roda, tiga roda dan keatas, tak leh masuk. maksudnya, ikut sungai je.. sbb jln berlumpur ya amat..

kakmot nk tgk surat cinta saya ke? ngeh3.. sy penah dpt bnyk surat cinta nih. ada yg ikut format UPSR, format PMR, SPTM STPM.. kalu format UPSR tu, dlm 80ayat la.. kalu tahap STPM tu, dlm 300-400 ayat. penah gak dpt tahap thesis PhD. nih sampai berlinang air mata ku.. bkn sbb terharu, sbb mata daku pedih ya amat.. ingat senang ke nk baca surat cinta panjang mcm thesis doktor??!! len kali kalu nk bg surat cinta tu, biar lah yg 'mesra pengguna' sikit.. ahakss :p

................................................................................................

i penah jugak berblog masa muda2 dulu (skrg pun muda lagi taw... :p ). smbil tgk2 blog lama, daku terjumpa entry nih.

p/s: entry ni ditulis waktu daku berusia 23thn.. ahaks... :p


happy reading

................................................................................................



Title: Abang..



tadi aku terngah kemas2 barang2 aku, selongkar kotak2 lama2. tgh aku sakit hidung menahan banyaknya debu yg beterbangan didalam bilik, tup.. jatuh sepucuk surat bersampul coklat. wah... aku terkesima seketika, surat siapa pula nih, bila aku bukak, surat abang jading. satu-satunya abang angkat aku yang...... hehe.


kisahnya bermula lebih kurang 9 tahun dulu, masa tu baru berusia 14 tahun, form 2. abang jading ni pelajar matrikulasi USM, datang belajar utk setahun dekat sekolah aku. kebetulan, masuk dorm aku adalah seorang kakak ni, nama di kak seri astuti fitri. di pendekkan cerita, abang jading ni suka sgt dengan kak seri ni, tapi kak seri tak berapa suka dia. mungkin sebab abang ni alim dan warak gitu..


maklumla, dulu2, orang suka yang rock2. yang baik2 ni tolak tepi. aku pula adalah seorang anak bandel/nakal/tukang lompat pagar. kak seri ni pulak adalah seorang kakak yg sgt baik, dia suka becerita ttg tugas2 hariannya. umur gap aku dan dia lebih kurang 5 thn, so aku ni mcm budak2 jer, suka la aku dengar citer2 kat seri ni kalau dia balik dorm.


dan tak lupa adalah citer pasal abang jading ni. ramai orang suka dia tau.. tp dia suka kak seri jer. aku tak kenal pun mana satu.. wa tak layan la budak matriks ni, skema, dah la tiap hari pakai tie, suka pandang serong dgn budak2 mcm aku ni. yer la, aku comot, selekeh, suka lari dari sekolah, suka dating haram dalam sekolah, suka escape kelas, suka keluar outing panjat pintu pagar. dan bnyk lagi la. aku cuma baik dgn kak seri, budak lain semua aku anti.


pada satu malam ni, kak seri balik dorm, muka dia sgtt eager nak bercerita dgn aku. hari tu dia kata dia borak dgn abang jading. kak seri tanya dia, dia ada suka orang tak, ada girlfriend ke.. abang jading kata, dia tak ada pun sapa2.. "Macam mana nak cintakan hamba, kalau cinta pada Allah pun tidak sempurna" feeew... aku dengar citer kak seri, tangkap lentok aku. hehehe... bukan apa.. aku cam respect la abang nih, masa tu, aku tak tahu la pasal2 islam ni, hamba, tuhan, usrah, aku tak kenal lagi. so bila aku dgr cakap kak seri tu, aku cam.. feewiitt... kawan2, mari kita sakat abang ni... heheh..


kebetulan, kelas abang jading ngan kak seri ni setentang la dgn kelas aku. abang jading ni selalu datang kelas prep petang dan prep malam awal dr kawan2 dia yg lain. abis solat jer dia datang kelas. so.. aku yg nakal ni.. tak ada kerja lain.. me'rekrut' sekumpulan rakan2 aku, kitorang pakat untuk betenggek depan kelas tunggu abang jading tu lalu, pastuh kitorang dok kasi salam kat abang tu.. sampai la merah2 muka abang tu. yolaa.. abang tu pakai kopiah, tiap ari baju melayu.. tup2 di sakat oleh aweks2 nakal.. seminggu woo kitorang buat. tp aku tak join, aku cuma jack jack member aku, aku lak dok blakang perati abg tu... hehehe.. kendian.. dia tak datang kelas awal dah. bosan gila aku. aku citer la kat kak seri apo yg aku buat. dia sgt2 tekejut dan dia pong marah aku. dia kata.. tak baik aku buat gitu, sbbd ia tu pemalu ngan pompuan. aku cam.. well sorry la... aku saja nak sakat dia. aku mmg slalu tak ada keja nak buat masa sekolah. pastuh aku suh la kak seri minta maaf kat abang nih, kirim salam sekali.... hehehehecakkk..


beberapa hari kemudian, kak seri kata, abang jading kirim salam balik kat V. perhatian, dulu orang panggil aku Eve atau Evy, atau just V. aku pong.. feewiitttttt abang alim kirim salam kat aku woo. kui kui kui.. aku bo layan jer. alih2 tiap2 malam dia kasi aku surat. aikk, apa crita abang nih, tiap malam lepas prep musti ada nota2 kecil dia suruh pass thru kak seri. aku cam.. ok.. wot da heck, aku kan cumil, kawan2 aku dah tiap hari sakat aku. skarang ni, aku yang tak berani nak lalu depan kelas budak matriks. kalau dulu, orang lain yg tak berani lalu. alamak.. jatuh taraf macho aku...


erm..kadang2 dia kasi aku gula2. fine.. i got the message. aku tau la aku budak2 lagi tp jgn lah asyik kasi aku gula2 kopiko. buruk la gigi aku abang oi...wpun begitu, kegiatan nakal aku tetap berterusan. eskep kelas la.. itu la.. ini la.. tiap kali aku kena panggil dlm perhimpunan, lepas tu mesti abang jading ni panggil aku jumpa dia. dia pon dok la lecture aku.. jgn buat gini V, tak baik tau.. V ni perempuan, muda lagi, tak sopan.. blablabla.. aku malas nak layan. tp aku gi jugak jumpa dia sbb aku suka tgk muka dia. dia putih tau.. putih dr aku, pastuh asyik senyum2 jer. hehehe gedik tak aku dolu2.. ni crita dulu2 tau.. tp aku slalu musykil, apasal dia duduk jauh sgt dr aku. kadang2 aku susah nak dgr dia cakap apa, yo la. dia duduk 10 meja jauh dr aku tau. sabo jer la..


bila aku naik form 3, dia pon dah nak abis study kat sek aku. masa form 3 ni aku dah slow down sikit, dah tak nakal dah. masa tu.. kak seri cam slalu usha2 aku dgn abang jading, tapi aku cam segan sikit kot.. malu la.... aku kalau macho2 ni aku ok la tp part jiwang2 ni aku alergik sket. ditakdirkan, pertghn tahun tu derang abis belajar, pegi USM sambung kat sana. aku sedih.. tp aku budak2 lg time tu.. dia lak bg aku, dah cam bapak budak..


dia slalu kirim surat ngan aku. ada sekali tu, dia kirim tape suara dia.. gempar satu sekolah wa cakap lu. orang macho mcm aku ni dapat mesej jiwang dlm tape. aku dengar sekali jer, geng2 aku yg putar banyak2 kali. sbb ada la ayat2 jiwang yg tidak sesuai utk dipaparkan disini. aku tekejut sgt2. oleh kerana aku sgt terkejut, aku buat tak layan jer. tp jauh didalam hati.. aku suka jugak sbnrnya, cuma aku malu la..... jatuh stended aku nanti :p


as time goes by.. aku nak confess la dgn dia.. sbb dlm surat, slalu abg ni tanya, aku suka ke kat dia.. jarang bls surat.. bkn ape, aku segan, nak tulis ape? aku tak reti.. tp aku slalu anto kad je, kad buat sendiri.. alah stended budak2 la..


masa ni aku dah tingkatan 5. tup2... aku dgr crita, dia couple ngan sorang kakak ni, senior aku masa aku form 4. aisehmen... sedihnya aku :( aku rasa abang tu ingat.. aku tak layan dia kot. bukan aku tak layan, tapi aku segan la. malu lagi. kalau ajak belasah orang aku tak malu, tapi bab2 jiwang ni sumpah aku malu hehehe.
aku bair jer la, tp dia still hantar surat2 kat aku lagi. sampailah aku continue study dekat SUBANG.


surat kat bawah tu. adalah surat terakhir dia bagi kat aku. sebab aku tak balas pun surat dia. kecewa ker? tak jugak.. terkilan jer.. skarang ni, Alhamdulillah..aku dah faham sikit2 ttg apa yg perlu aku faham dlm hidup ni. bila aku baca balik surat dia, terdetik jugak dalam hati aku, kalau aku ada kefahaman spt apa yg aku faham skrg ni, dia adalah seorang calon yg perfect. dia slalu cakap ttg Islam, ttg taqdir, ttg tanggungjawab, tapi aku tak faham apa pun dia cakap. skarang ni dah lain sikit. aku yakin, dia pasti jumpa seorang perempuan yang lebh baik dari aku. lagipun masa dekat Subang tu aku dah.. tapi itu semua cerita lama, crita2 zaman jahiliah. bila ingat balik rasa kelakar plak.



pertemuan dan perpisahan, adat kehidupan. setiap dari itu, Allah dah tentukan. yang ada pada manusia ialah meilih. kita pilih, dan pilihan itu juga adalah ketentuan dari Allah. sepertinya taqdir yg memisahkan kita, taqdir jugalah yg akan menemukan kita semula. :)


21/06/1999 (Isnin)
Persatuan Kejuruteraan Mekanik,
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Cawangan Perak,
Malaysia

Assalamualaikum,

Apa khabar? Sihatkah? Sudah makan? Abang baru saja lepas makan kuih terang bulan. Hari ni turn abang masak. tak ada lauk, hanya goreng telur 5 biji dan kuah air asam. tengah berjimat. Pinjaman Dana Pendidikan (PTPTN) belum masuk lagi.
Kat rumah kami ada 1 ekor anak kucing. Entah dari mana. Dia dah bermastautin dalam rumah ni. Namanya 'Neng'. Macam nama orang pula kan? Kalau orang luar dengar boleh jadi fitnah pulak; ada perempuan dalam rumah. Mmm.. batuk abang masih ada lagi. Walaupun syukur pada Allah SWT coz setiap kesakitan itu akan menghapuskan dosa, atau mungkin untuk tingkat darjat seseorang.

Oleh itu, bersyukur atas apa yang didatangkan keatas kita. kita ini lemah dan jahil, tidak tahu hikmah disebalik sesuatu kejadian. Biasanya last2 minit barulah Allah tunjukkan kepada kita apa hikmahnya. Semuanya kehendak Allah dan Hak Allah. Kita ini hambaNya yang lemah.

"Seorang budak minta pisau daripada emaknya, tapi emaknya tak bagi. budak itu menangis. Emak dia tahu, jika dia bagi pisau pada anaknya yg masih kecil itu, akan membahayakan anaknya. Akan tetapi, anak itu hanya tahu yang dia hendakkan sangat pisau itu, namun bahaya keatas dirinya tidak diketahuinya. Maacm itulah kiasan atas apa yang didatangkan kepada kita.

Studi macam mana? senangkah? InsyaAllah lepas grad nanti, nak kerja apa? Kat situ, V duduk dihostel atau kat rumah banglo? Atau rumah atas pokok? Cuti bila? Kami bulan Sept-Okt. nanti ada cuti antara semester 1 bulan, So InsyaAllah abang pada 17/10/99 abang akan turun Subang cari V semula. Entah dapat cam lagi kah tidak. Ya lah, mungkin dah banyak perubahan kan? Sekurang-kurangnya dapatlah abang tengok V sebelum ke oversea, InsyaAllah mungkin itulah saja peluang abang jumpa V dalam suasana abang sebagai seorang student. bila dah kerja nanti, tentu suasananya dah berubah pulak. Oklah V, setakat ini saja dulu. Abang doakan agar Allah mudahkan pengajian V disana dan dapat lulus dengan cemerlang. Amin. Sekian, Wassalam.

Miss U
Abang Jading



0 komen:

Catat Ulasan

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP