saya cinta bahasa melayu dan juga negara malaysia ini..
>> Rabu, April 15, 2009
saya cinta bahasa melayu. sungguh!! tak tipu walau satu huruf pun! cinta nya saya pada bahasa melayu ini adalah tanpa mengenal tanda noktah, tanpa mengenal susun atur ayat, tanpa mengenal huruf besar diawal selepas noktah, tanpa mengenal tatabahasa ataupun kesalahan ejaan yang disengajakan dan tak disengajakan!! begitulah kecintaan saya pada bahasa melayu.
pun begitu, kecintaan saya pada bahasa melayu, tidaklah dapat menandingi kecintaan saya pada negara kita malaysia. serius!! saya sungguh2 cinta pada kedua2 elemen bahasa dan negara ini! dulu, saya pernah mengalirkan air mata sewaktu mendengar lagu negaraku berkumandang melalui MP3 sewaktu jaman-jaman saya menuntut dibangku university. betulll!! ingat memain ker!! saya kalu dgr lagu negara ku, pasti akan berdiri hormat. sampai sekarang ok... hati saya bangga bila dengar lagu negara ku. nyatanya, saya ini seorang yg patriotik! (bukan nasionalis ok! nanti kena serang AT lak).
patriotiknya saya sehingga saya juga cinta kepada negara Australia, bumi tempat saya menadah ilmu beberapa tahun. bagi saya, dimana bumi dipijak, disitulah kecintaan saya tumbuh! cintanya saya pada bumi AUS ini, tidaklah boleh menandingi cinta saya pada negara malaysia, tapi ia tidak sesekali menghalang saya dari berkampung di stadium dan menyarung jersi WALLABY dan menyorak pasukan AUS tatkala menentang NIGERIA pada RUGBY CUP yang lepas lepas.. (ooooppsss... ) juga tidak menghalang saya dari menyorak sakan sampai hampir2 di sekeh oleh bapak sendiri sewaktu saya dengan teruja sekali menjerit2 menyorak pasukan AUS sewaktu musim WORLD CUP yang lepas.. di subuh yang hening (hihihi..)
dan hati saya bagi dirobek2 tatkala membaca posting2 yang membodohkan bahasa melayu. mengapakah dibodoh2kan bahasa melayu ini? yang bodoh bukan bahasa, tetapi si penutur bahasa. bak kata kakmot dalam sms nya yang pernah saya terima dulu.. (tapi, org yg bodoh, produknya akan bodoh kah juga..? :p )
kakmot: "it is not the language that matters, its the man of the language.." (maaf, sms kurang pasti kesahihannya, sudah dipadam, utk memberi ruang kepada sms pakwe-pakwe yang masuknya hari-hari berderet-deret... hihihi)
marilah saya petik beberapa kenyataan yang begitu kelakar pada saya.. ada seorang blogger ITU (jengjengjengg...) mempersoalkan tentang...
kenapa 'nasi' disebut 'nasik' tetapi 'basi' tak disebut 'basik'...
kenapa imbuhan yang beritma ritma..
kenapa itu kenapa ini...
ahhh.. ingin sungguh saya berhujjah tentang fonem bahasa.. tentang dialek dan laras bahasa, tentang jeda dan segala sesuatu yang berkait dgn sistem bahasa, tentang riau tentang ahhhh, biarlah si labu terjun dengan labi-labinya...(hihihi)
tuntasnya, bahasa itu sebenar-benarnya lah jiwa bangsa. bahasa yang bisa lahir tanpa dipinta, bahasa yang sinonim dengan darah daging kita, usahlah dipandang begitu dina sekali (perghhh.. chayok...)
saya bukanlah melayu tulen seperti yang disebut sebut dalam perlembagaan tanah melayu fasal ke.... ke..... (ahhhh gugel la sendirik)
tapi, saya tetap cinta bahasa melayu....
dan kerana itu, ajarlah anak-anak kalian dengan bahasa melayu sekiranya kalian tak reti cakap omputeh mcm saya (saya cakap omputeh lebih lurus dari saya ckp melayu ok... ngeee... tak caya tanya kakmot) saya juga akan ajar anak-anak saya cakap melayu... setelah mereka menguasai bahasa inggeris yer..(hihihi)
menguasai bahasa inggeris, tidaklah menidakkan kecintaan saya kepada bahasa melayu, bahkan dengan menguasai bahasa inggeris ini lah, saya semakin cinta bahasa melayu! anda mahu tahu kenapa??!! kerana bangganya saya akan otak melayu yang mampu menanggung begitu banyak perkataan melayu!!
tahukah anda bahawa semakin bnyk anda berfikir, smakin rumit pemikiran anda, semakin susah apa yang hendak anda fikirkan itu, maka akan bertambah lah kapasiti otak anda bekerja? sila sangkal kenyataan saya ini kalau berani!! kerana saya tidak akan mampu anda tewaskan bila berhujjah mengenai kapasiti otak kerana saya adalah master dalam bidang ini, juga bidang genetik dan DNA manusia dan segala sesuatu tentang rekonstruksi DNA etc.. (cuma saya takkan buang masa berhujjah dengan At :p )
tetapi, dengan kecintaan saya yang lebih besar terhadap negara Malaysia berbandin kecintaan terhadap bahasa melayu, maka dengan penuh takzimnya saya merayu kepada pihak GMP agar...
"PARA SASTERAWAN JANGAN MENYIBUK SOAL-SOAL KEPENDIDIKAN ANAK-ANAK BANGSA!! SILA LAH ANDA BERJUANG MEMARTABATKAN BANGSA, MENGGIGIHKAN USAHA ANDA DENGAN...... dengan ape2 je la.... (takkan itu pun nak org bg tau, dah itu keja korang) TAPI JAUHI SISTEM PENDIDIKAN NEGARA INI KERANA KAPASITI ANDA UNTUK MENGAWAL SELIA PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK KECIL BUKANLAH SESUATU YANG BOLEH DICAMPUR ADUKKAN DENGAN AGENDA AGENDA MEMARTABATKAN BANGSA!!"
bukannya saya menentang bahasa melayu diajarkan di sekolah. dan bukan pula saya mengagung agungkan PPSMI!! ohoooo.. tidak sama sekali!!
sy juga adalah penentang PPSMI!! namun saya menentang PPSMI bukan atas kapasiti saya sebagai pencinta bahasa melayu yang ingin bhs melayu dimartabatkan, tapi diatas kapasiti teknikal, diatas kapasiti dan tahap penerimaan ilmu kanak-kanak terhadap sains dan matematik jika diajarkan dlm bahasa inggeris!!
jikalau lah kamu hendak memastikan kanak-kanak kecil itu fasih bhs inggeris, jikalaulah kamu takut kanak-kanak ni takkan reti ckp english, seterusnya takkan lah dapat menjadi saintis, (wpun sudah begitu bnyk contoh yg pasti boleh menyangkal hujjah ini..) ubahlah silibus bhs inggeris itu.
kalau dulu ayat darjah satu bunyinya begini:
"I went to the Taiping Zoo last weekend"
Ubah lah kepada:
"I went to the Louvre Museum during the semester break, which is the museum that housed the Monalisa painting, painted by Leonardo Da Vinci, one of the greatest artist in the world."
nahhh!! selesai sudah satu masalah. sudah lah dapat belajar english, dapat lg belajar tentang dunia luar. oooooppsss.... nanti ada pulak kata, ajar sastera buat apa, kita nak english for sains and mathematics!! yer la yer la.. itu pun takleh nk fikir sendiri ke? otak brapa kapasiti ni?? :p
ok la... camtu ubah lah kepada:
"My family went to France last month, we went there and had the opportunity to visit the Pasteur Institute where the first penicillin was discovered" (btul ke eja penisilin tu? hihihi)
tuntasnya, jgn kerana gelojoh nya kita, kita gagal melihat masalah itu dgn adil. kerana menyampah nya kita akan sesetgh aspek dalam sesuatu itu, kita pun melihat nya dgn begitu jengkel sekali..
fikir fikir kan lah.....
la la la la....... :p
6 komen:
dalam dunia ni cuma ada bahasa inggeris sajakah? kenapa org melayu tak habis2 memuja bahasa inggeris? dah lupa ke ngan bhs arab. bahasa nabi kita.
sasterawan buat kerja mereka. begitu juga gmp. penentangan terhadap sesuatu menunjukkan ada perbezaan pendapat. yg tak tau membantah cuma 'kerbau yg dicucuk hidung' shj. kenapa larang org bersuara? ini kan negara demokrasi. takkan anda tak tau.
ek eleh bro.. saya tak membantah org buat demo. saya membantah atas tajuk-tajuk terpencil. saya membantah percampur adukkan agenda agenda sehinggakan orang memandang serang pada GMP.
saya membantah bila tajuk pembantahan PPSMI itu terpesong dari maksud sebenar nya. saya membantah atas ketidak bijakan taktikal membantah PPSMI. saya membantah atas dasar melihat kepada perkembangan sains dan matematik. soal martabat bahasa melayu adalah soal yg berlainan, taktikal nya juga harus lah berbeza.
negara kita ini bukanlah mengikut demokrasi yang sebenar. kalau di ikut, negara kita ini cuma
"quasi demokrasi"
:)
satu yang pasti kat sini... nyle melayu celup??
wakaka
melayu celup tu apo..
ce explain sikit.
aha.. bukan melayu mcm yang ditakrifkan perlembagaan tanah melayu, tapi, 50% adalah produk nusantara, dan 50% lagi dirahsiakan.
hehehe
pun begitu.. saya rasa bangsa melayu adalah bangsa yang punya bnyk potensi. cuma nya, perlu keluar dari beberapa kotak yang bukan saja menghambat bangsa melayu, tp juga bangsa2 maju yang dulunya pun dikekang oleh kotak2 yg sama.
if saya melayu tulen, sudah tentu sy berbangga dilahirkan sebagai melayu tulen
:)
Catat Ulasan