bagi je la 50sen tu..

>> Selasa, Mei 12, 2009



kalau pergi pasar, saya selalu perhati peniaga dan pembeli tawar menawar. terutamanya kat pasar sayur. kalau kat pasar ikan, saya tak hairan sgt. tapi kes tawar menawar kat pasar sayur dgn peniaga2 kecil..

antara dialog yang familiar..

"serai ni berapa kak?"
"lima posen seikat dik.."
"boleh tak 3 ikat seringgit kak?"
"alah dik.. dah murah sgt tu.."
"ala boleh la kak.."
"ya la.. ambik la.."

"bayam ni berapa seikat?"
"singgit limaposen seikat dik.."
"alah kak, seringgit boleh la.."
"............."
"boleh la kak.."
"ya ambil la dik.."

berapa sgt lah untung yang meniaga sayur nih? 50sen pun nak berkira? sy tak hairan lah kalau yang menawar-nawar harga 50sen ni orang cina. tapi dikalangan muslim sesama muslim. takkan tak terdetik betapa azabnya hidup orang yang meniaga kecil-kecilan kat pasar?

lima posen pun nak berkira kah? profi margin meniaga sayur ni dah kecil sgt la. harga baja walaupun dah kena subsidi pun masih gak mahal. itu takpe lg.. tp kos perbelanjaan harian semua dah meningkat. harga barang naik melantun. hari tu sy beli biskut marie satu pek besar. dulu rm3.50. sekarang dah rm6.70. adui la..

orang yang gaji bulan2 ok lah, tiap2 bulan masuk. yang meniaga kecil-kecilan ni apa crita? harga sayur naik berapa sen saja tapi harga barang2 lain naik brapa ringgit?

tawar-menawar mcm ni menyempitkan keuntungan peniaga kecil-kecilan, sekaligus menyempitkan keselesaan hidup mereka. kalau takat 50sen, apa nak dikira sgt. hari-hari sms n call kawan2 dah tentu lebih seringgit.

Semoga Allah merahmati seorang yang bertoleransi apabila menjual, membeli dan menuntut (riwayat bukhari)


6 komen:

Mohar Yahya 9:10 PTG, Mei 12, 2009  

syok citer ni nyle...cikgu nak syorkan, sekiranya kita berurusan dengan peniaga kecil sesama muslim buatlah macam ni....

cikgu: berapa harga bayam ni nyle?
nyle: RM 1.80 je cikgu...
cikgu: ala nyle...RM 2.00 je lah...
nyle: terima kasih cikgu...semoga ditambah lagi rezeki cikgu berlipat ganda....
cikgu: amiiin...terima kasih nyle...
sama-sama kasih cikgu...

kan best macam tu kan?kan? kan?

Evelyn 9:27 PTG, Mei 12, 2009  

hihi cikgu.. sy slalu wat camni jek..

"keep je the change tu ye makcik.."

-_^

Xenan 12:00 PG, Mei 13, 2009  

hehe,

Kalau yg meniaga kecil kecilan tuh boleh la.Tapi ngn apek kat pasar jgn wat main.Tawar jek semurah mungkin.

Dah banyak sgt untung diorg tuh.Fuhh..jgn tertipu ngn singlet carik die

Unknown 12:32 PG, Mei 13, 2009  

ada gak masa setengah-2 org melayu segan nak mintak tawar dgn org bukan melayu tapi cukup kuat/laju/berkira dgn sesama bangsa.

Evelyn 10:11 PG, Mei 13, 2009  

btol tu.. kalo ngan apek2 malu2 nak tawar menawar.. tp asal tgk muko makcik2 je bukan main.. ampehz..

maymot 1:06 PTG, Mei 14, 2009  

Tu la pasal den malas pi pasar tani...nanti ramai makcik2 melayu susah jual sayur2 kampung...sian den tengok.

Cina dan india susah pun ada...sian gak tengok...nanti den beli sayur2 tu sbb kesian,bkn sebab nak guna...huhu


-->>balik umah sahih kena sound ngan my bos my hero....hi3

Catat Ulasan

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP