Penyokong PAS Tegar, Moderate, Liberal
>> Ahad, Mei 03, 2009
ini salah satu artikel saya yang pernah dilulus terbit dalam TKO. wujud daripada perdebatan sihat dengan saudara ning TKO satu ketika dahulu, masa tu saya masih menggunapakai nama pena Fansuri.. soalnya cuma 'istilah'.. betapa kelemahan dalam 'memahami' menyebabkan pertelingkahan atas subjek atau perkara yang semua pihak arif tentangnya..
Artikel dilulus terbit dalam Tranungkite.net
Penyokong PAS tegar, moderate & liberal
"Hendaknya, apabila kita membaca sesuatu tulisan itu, haruslah diniatkan dengan nawaitu yg bersih, tidak prejudis, tidak berburuk sangka, dan paling penting, bebas dari persepsi-persepsi terdahulu. Hendaknya, tiap kali kita membaca satu2 tulisan itu, walaupun berasal daripada pena dan tinta yg sama, haruslah dibaca dengan nafas baru, dgn melihat daripada satu sudut dan perspektif yang bebas dari tanggapan negatif, bebas dari perkaitan isu-isu lain, agar kita dapat menilai dgn telus dan jernih, menggunakan segala kelengkapan akal dan minda. Yang tak kurang pentingnya, apabila kita membincangkan sesuatu isu itu, hendaklah kita mengurung emosi kita dalam satu kotak kedap udara, agar emosi kita tidak sekali2 mengaburi kebijaksaan akal dalam memahami suatu2 bab atau perkara penting".
Assalamualaikum wrth.
Saya bukanlah seorang jagoan politik, jauh sekali dari memiliki kehebatan pena dari sekian ramai himpunan penulis handal TKO. Namun begitu, penting rasanya bg saya menjelaskan sedikit tentang perihal maksud sy apabila sy menggunakan istilah penyokong PAS tegar. Berikut adalah petikan artikel saudara ning berhubung dgn respons sy terhadap tulisan saudara line"For Ning With Love".
Quote: "tegar umumnya merujuk kepada puak puak penyokong yang keras kepala dan tidak mahu atau sengaja tidak mahu mendengar cakap orang sekalipun cakap itu benar.itulah makna tegar dari apa yang ana faham.penyokong PAS tegar?bermakna penyokong PAS yang tidak mahu dengar cakap orang walaupun benar, jugaklah.betul ker begitu?atau hanya retorik yang timbul kerana penyokong PAS tidak mahu dengar cakap untuk melakukan perubahan kerah yang berlawanan dengan matlamat perjuangan PAS?kalau inilah yang dimaksudkan dengan penyokong PAS tegar rasanya perlu diperbetulkan."
Jika saudara membaca semua komen sy disini, saudara akan dapati bahawa tidak ada kecenderungan untuk sy merujuk perkataan tegar sebagai 'degil' dan sengaja tidak mahu mendengar cakap orang atau pun apa saja nuansa dan konotasi negatif yg tercetus di minda anda. Perkataan tegar jelas membawa dua makna yg jika salah digunakan, akan membawa kepada pengertian yg tidak tepat.
Istilah tegar yang pertama bermaksud 'steadfast' iaitu kesetiaan yg tidak berbelah bagi, resolusi atau sokongan yang kukuh tak mudah rapuh, merujuk juga kepada seseorang yang memberi sepenuhnya akan sesuatu dasar atau apa shj yg dipercayai.
Manakala, dari satu sudut yg lain, tegar juga membawa maksud 'obstinate, stubborn', yakni perilaku yang keras, tegas terhadap pendirian sendiri, atau kata mudahnya degil sehinggakan menolak apa sahaja yg berlainan dari pendapatnya.
Sy kira saudara ning sudah memahami maksud sebenar sy. Penyokong PAS tegar dlm komen sy sebelum ini sebenarnya adalah satu bentuk penghargaan dan pujian serta rasa terima kasih kepada barisan jemaah PAS yg tegar dalam perjuangan mereka. Pada hemat sy, barisan inilah yg bnyk berjasa dalam menggerakkan usahamendaulahkan Islam di negara ini.
However, having said that, kita perlu sedia yakin bahawa tidak semua penyokong PAS itu adalah seperti saudara ning yang tegar dalam perjuangan. Oleh kerana dinamika politik yang begitu bergelombang akhir2 ini, saudara ning perlu akur, perjuangan PAS tidak hanya dimonopoli oleh golongan tegar, tetapi juga didokong oleh mereka yang bersederhana (moderate) dalam tafsiran serta pandangan mereka, malahan, sy tidak menolak kewujudan penyokong PAS yang liberal (yakni golongan mereka yang menunjukkan nuansa pemikiran dan tafsiran politik yang luas, bersedia untuk berubah, dan tidak terikat dengan tradisi dan ortodoks pegangan terdahulu. Jgn samakan dgn Islam liberal kerana ianya berbeza). Ini cuma tafsiran dangkal yang perlu kita sama2 fikirkan melihat kepada begitu bnyk ragam tulisan dari golongan2 yg mendakwa mereka penyokong PAS tetapi dalam kerangka penerimaan dan penafsiran politik yg pelbagai.
Sepintas lalu melihat percambahan dan perubahan dalam nalar pemikiran generasi muda umumnya terhadap PAS harus dilihat sebagai sesuatu yang positif dalam usaha PAS untuk menarik golongan muda. Yang tegar dalam perjuangan adalah suatu aset untuk jemaah itu sendiri. Ingin sy tegaskan bahawa penyokong yang kelihatan moderate atau liberal dalam fahaman politik bisa saja menjadi penyokong yang tegar. Kita lihat saja disana sini, begitu ramai penyokong yg mengaku memperjuangkan PAS,ingin melihat PAS maju, tetapi mereka inginkan suatu perubahan dalam wadah dan organisasi PAS itu sendiri. Mereka lebih fleksibel, tetapi tetap tegar dalam memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi demi melihat PAS itu sendiri bisa bersaing dan tidak rebah dilanda arus politik tanah air. Demi politik dan survival PAS itu sendiri.
Tidak kira kita dari golongan apa pun, titik penyatuan adalah jelas. Motif menyokong PAS adalah jelas (tali barut tidak termasuk). Semuanya menjurus kepada satu nawaitu hendak melihat Islam didaulah kan di watan kita ini. Inilah titik kesefahaman yang kita harus terima dan fahami. Tidak wujud soal penyokong PAS yang ingin memecah belahkan jemaah itu. Hanya kaedah dan tafsiran yang berbeza dan kaedah idan tafsiran dalam kerangka memajukan PAS nilah yang harus difahami oleh golongan terdahulu, barisan pimpinan dan pendokong serta ahli gerakerja PAS.
Tidak semua dari penyokong PAS itu mungkin mampu menyumbang tenaga seTEGAR saudara ning dan para sahabat tetapi yakinlah bahawa mereka ini tetap TEGAR dalam sokongan demi melihat PAS menjadi teraju dalam menegakkan Islam di Malaysia ini.
Jika bisa ditambah sedikit lagi, jangan kita mudah melatah apabila didatangkan dengan suatu perkhabaran, isu, konflik malahan istilah. Tindakan saudara ning meminta penjelasan haruslah dicontohi oleh semua. Jauhkan dari sentimen negatif dan persepsi songsang dan berfikir secara telus dan jernih supaya tujuan asal sesuatu itu, khasnya penulisan, dapat difahami. Jgn pula si penulis membayangkan musim sejuk di London, anda pula merasakan enaknya musim bunga di Jepun, dibayangi pohon2 sakura.
Wallahualam.
Fansuri
5 komen:
seperti sebuah sungai panjang yang mengalir menuju ke laut, ada bahagian yang deras, tenang,berombak dan ada yang berpusing-pusing di lubuk....selagi aliran itu tidak dipesongkan hala tujunya ia tetap dinamakan dengan sungai yang sama.Masing-masing berperanan sebagai sebuah sungai yang memberi kemudahan hidup kepada manusia dan alam.Peliharalah sungai itu dan jangan dicemarkan dengan BENDASING!...
Penyokong yang tegar,
Mereka tak tertanding pendokong,
Begitupun mereka juga kukuh pegangannya,
Hati mereka telah percaya dan faham,
Umpama telah melihat gambaran sepenuhnya,
Mengerti pula maksud tersiratnya.
Walau apa perkara atau berita datang kepadanya.
Hatinya tak mudah dijinakkan,
Walau diumpan kemewahan dunia di depan mata,
Susah tertipu muslihat lawannya,
Walau mereka hanya orang biasa,
Cuma tahu asas perkara,
Mereka kenal yang mana satu permata,
Yang pula hanya kaca.
Walau mereka dilabelkan pelbagai nama,
Dituduh keras kepala, degil dan taksub membuta tuli,
Walau mereka bukan satu kelas darjat dengan kita,
Bukan juga sama agama,
Lain warna kulit tutur bicaranya,
Biarpun miskin dan bodoh,
Kerana mereka belajar tak tinggi mana,
Walau mereka orang kampung jauh di pedalaman,
Atau orang kotaraya.
Penyokong tegar rela berjuang,
Walau bukan sebagai seorang perwira,
Yang gagah menghunus senjata,
Atau betah boleh berhujah berjela,
Mereka dengan cara mereka sendiri,
Sokongan mereka tak pernah luntur,
Malah tiada batas sempadan,
Mereka akan setia membantu,
Mungkin dalam perkara lain,
Yang mereka sendiri tahu,
Itu sahaja termampu oleh mereka.
aha nice one hanz.. ;)
cikgupj, btol tuh, tp camana plak kalo ada org wat pendalaman sungai? apa kes plak kalu yg curik pasir? hihi..
:p
pendalaman sungai ok je, dapat melancarkan laluan...curik pasir tu sebab kita tak nak bagi free...kih..kih..kih...
maaf nyle, waa sesekali tidak menyokong artikel ini...walau cantik bagaimana pun hujah mengenai liberal dan moderate, seeloknya kita yang berada dalam jemaah islam tidak menggunakan istilah itu...kealpaan kita dan tertarik dengan perkara itu menjadikan kita sama dengan Islam ala Amerika, mana ada Islam sederhana? itu islam yang cicipta oleh Amerika untuk memberi imej buruk kepada Islam...
fanatik`
Catat Ulasan