umah den masuk pencuri..

>> Isnin, Mei 04, 2009

semlm berlaku lg percobaan pecah masuk umah den tok kali yg ke.. ntah lah.lost count oredi. mungkin mat2 rempit atau kaki isap gam ni dah cop umah den kot. bapak den dr last week lg takdo kat umah smpi next week. mungkin diorang perasan landcruiser abah takdo. yg ado keta adik den ngan keta buruk den jah tersadai kat bwh nun. dekat kul 10smlm, den ngan adik den (jane) dok kat ruang tamu (atas) lepak tgk tv smbil men intenet la. jane dok wat soalan2 pizik tuk dak kelas dia, den plak tgh wat thesis den. tetiba den dgr ada bunyi tapak kaki org kat bawah.. den punya hearing nih cam superman skit. senitip kalu bunyi2 yg ganjil nih..

den trus merangkak g dapur (kat tingkat atas lg ni..). den nak skoden ikot dapur tp alamak.. lampu terang lak. kang org kat bwh tu nampak den plak. den pon..

"psssttt.. pssttttt..." den panggil jane.. tunjuk lampu then buat simbol 'kerat leher'. nak suh dia matikan lampu. hihi.. ala2 komando beb. tp jane wat muka blur plakkk!! "pssssttt...!!" den tunjuk lg kat lampu smbil wat style kerat leher lg. kali nih dah cam style sembelih ayam plak. hihi.. ha.. baru dia phm.. dia pun berjengket2 g suis lampu.. zaappppppp.. gelap gelita rumah..

den pun slowly g balkoni dapur.. nak skodeng kebwh. tp gelap gelita tak nampak apa..kui3.. den biar mata den adjust pada kegelapan jap.. hah!! ada byg2 manusia dekat pokok mangga den. tak bleh jadi nih..

"nape? apasal?" opocottt kurang asam budak jane nih tetiba menyelinap kat blakang den. sib baik den tak melatah ala mak minah..
"syhh.. ko kunci pintu tak tadi.." den tanya kat dia..
"ha.. ntah.. tak pasti.." muka panik dah dia..
"ko tunggu sini.."
den menyelinap ikot tangga..ala2 SWAT team beb. trus pasang deadbolt. skodeng ikot celah tingkap, den nampak kelibat org tu dah pusing kuar pagar.. ekau silap time la brader, musim mangga dah lepas dah.. hihi..
...........................................................

ekceli, dulu pon penah dah mat isap gam lompat pagar masuk umah den nih. tawon lepas. masa kat umah dulu b4 pindah sini, 'company' bapak den siap upah security eon tu lg utk jaga malam kat umah kami. den ingat masa tu den sek menengah lg, balik cuti den pelik. napa malam2 ada security pakai uniform datang dok tepi pagar.. bapak den kata, ada org slalu try pecah masuk.. so company hire security. sabo je la. kerja bapak eden nih 'confidential' skit, 'occupational hazard' bapak den adalah umah slalu ada org try nak pecah masuk. sbb tu nombor polis set dlm 'speed dial' semua hp org dlm umah nih..

yg tawon lepas nih kes dia kelakar skit. sama jugak. mak bapak den takdo kat umah. yg ada adik beradik den jah. ada 8 gadis kat umah, time tu kebetulan semua adik2 den kat uni cuti serentak ngan cuti skola.. time tu kul 4pm, kami tgh mengadap 5bijik laptop..adik2 den men game, den lak tgh surf TKO masa tu.. tetiba.. den dengar ada bunyi cam org selongkar barang..
"pssssstttt.... senyap...." adik den nih sumer ala2 komando, sami'na wa ato'na.. "saya dengar saya taat" punya style. ahakz..den menyelinap gi tingkap. sah! ada lelaki baju itam, suar itam, pegang plastik itam tgh selongkar barang kat blakang umah. kompon mamat isap gam, sbb dia dok tenyeh2 plastik itam tu kat muka dia. den pun siap ala2 komando..

"pstttt...." den tunjuk kat adik den yg kat UPM & UTP, wat mimik ala2 tgh shooting, almaksudnya suh adik den amik hp dia rakam aksi pencuri la.. hihi..den tunjuk tingkap paling kanan..
"pssstttt..." den tunjuk kat adik den yg kat UIA lak, wat mimik ala2 tgh menelepon, almaksudnya suh dia speed dial polis la.. hihi..
"psstttt..." den tuding jari kat budak2 lain yg kecik2 lg.. suh duk diam2 jgn gerak2 or buat bising.. ahakz..

den macam biasa. den as the chief SWAT team kena make sure "point of entry" is all secured. merangkak lg den menyelinap kat tangga turun bawah, trus meluru kat pintu n set deadbolt to lock. safety first, ramai anak gadis kat umah nih..

"psssttt.." adik den kat UIA tunjuk tanda 'thumbsup'. maksudnya dia dah call polis..
"pssstt..." adik den yg UPM tgh shooting tak menjawab. perghh.. khusyuk dia merakam aksi pencuri tu kat bawah. siap bg laporan lg.. keh3. den pon join sama ngan diorang bertenggek kat tepi tingkap.. sekali den pusing blakang, budak2 kecik yg den suh dok dendiam dan takde! aik!! pegi mana budak2 kecik nih.. den menyelinap kat dapur.. takde.. den masuk bilik.. hah! diorang pon skodeng tp ikot tingkap bilik. ampeh punya soljer. chief suh duk dendiam, diorang merayap sana sini lak..

dalam 3 minit je keta patrol pun datang. kitorang dr atas nampak keta polis tu parking kat depan, tp mamat lalok tu tak prasan. dia sebok meninjau besi2 buruk kat belakang tepi tangki air, mana satu agaknya dia nak jual.. slowly sorang polis kacak tu sneak up on him.. lawak giler.. nih kat bawah den dah upload youtube dia dr tawon lepas lg.. hihi.. enjoy.. :p

yang nih aksi pencuri tu masa nak lompat masuk pagar...nih rakaman hp 1.3mp adik den jah..


yang ni plak masa polis tu dah sampai n terkantoi..nih adik den gak.. den chief SWAT team jah


ada lg video2 kat youtube, ada empat semua, tp pandai2 la tgk kat cenel den yo.. klik sini.

p/s: entry ni ditulis kol 1pagi semlm b4 den tido tp den tetido tak sempat publish.. hihi..

5 komen:

Xenan 1:47 PTG, Mei 04, 2009  

Kena pasang pagar 4 penjuru nih.boleh upah den pasangkan.pengeras nya boleh kira..

Paling afdal kalu soh den pasangkan pagar letrik jah terus.Baru hangit mamat pencurik nih

lelaki_ini,  1:49 PTG, Mei 04, 2009  

den nak tgok bidio tu pun x leh sobab opis den block Utube, so den nak komen 1 ajo la;

"Elyn, ekau kono blajo bahaso Nogoghi socagho intensif dgn den. Bahaso ekau bughok bona. Ghentikan la"

Sokian dimaklumkan :-)

Evelyn 1:54 PTG, Mei 04, 2009  

kekeke.. bro.. alah ekau nih potong stim la.. den nak blaja nih. ekau jgn nak punahkan harapan den. 1Malaysia maaa.. hi3.. (sbrnya ekau dengki kat den sbb opis ekau tu sengkek youtube..kui3)

bro X, kalu lah ekau pasang pagar letrik kat umah den nih, kompom hari2 den buang bangkai kucing la.. anjing la.. manusia la... hihihi..

cikgupj 8:40 PTG, Mei 04, 2009  

apo kojo si mat seluar kotak tu....
cai penyakit dengan 8 serikandi...ladyskodeng...kuang3

Evelyn 8:49 PTG, Mei 04, 2009  

keekek.. ntah la cikgu.. mat isap gam nih biasa la.. apa ja dia rasa dia leh jual dia sapu jah.. demi nak dapat sebotol gam jenssen tu..

Catat Ulasan

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP