H1N1: when this country is run by bunch of seriously fucked up brains (part 1)

>> Sabtu, Ogos 08, 2009

warning: crude/foul language is highly anticipated.

terdahulu..

beberapa minggu lepas, den ada citer adik den, ekin, yg kena kuarantin kat sekolah sbb sekolah dia ada beberapa kes H1N1. Alhamdulillah, last week ekin balik rumah for the weekend, and she is fine. memula tu den ckp kat dia, kalau ada selsema ke demam2, jgn balik rumah. walaupun doc kata tak sakit. mana la tahu kan.. den larang dia balik. haha.. tp tegar jugak ekin nih. balik jugak dia. dia demam n batuk, sakit tekak, tp demam biasa la. bukan demam babi tu. sbb skrg ni musim jerebu yg teruk, mcm2 penyakit muncul.

terkemudian..

dua minggu lepas, jane demam n sakit2 badan gitu lepas dia balik dr training/kursus kat kk. masa dia training tu la kek H1N1 mengganas kat skola ekin. mula2 tu dia takde la kesah sgt. maybe demam biasa je kot. lepas 4-5 hari, demam n selsema batuk tak kebah2. den tak perasan sgt dia tak sehat, sbb maklum la, kuar sblm subuh, balik dah malam. ada satu hari tu, den balik dah agak lewat jugak. baru je pas mandi, ingat nak trus tido, tetiba mak ketuk bilik. suh teman jane g wad kecemasan. sbb takut demam dia mcm pelik je. tekejut jugak den. den tgk muka dia cam tak bermaya je. alamak.. masuk keta terus rempit beb. agak2 den la, tayar tu tak cecah jalanraya pon.

smpi2 je kat spital, register dulu kat reception. masa tu dah dekat kul 8pm. ni dah masuk waktu tido den nih. jane pon bg la details dia kat mamat reception (mr)

mr: sakit apa cik?

jane: sy demam2, dah 4 hari. sy ingat nak mintak buat saringan H1N1 sbb minggu lepas, sy baru balik dr kk, ada training kat sana. risau jugak kalau ada contact ngan virus tu.

mr: simptom yg mcm mana cik?

jane: demam2, sakit2 badan, kdng2 batuk..

mr: owh.. tu mungkin demam biasa saja.. kami tak buat saringan kalau simptom tak memenuhi seperti yang tertera disini....

(mr tu tunjuk la satu notis penerangan yg ada buat list simptom2 H1N1 yang dilekat kat belakang dia.. den yg tgh mengantuk n lalok2, trus baca senarai tu.. slowly, hilan mengantuk den..ada sesuatu yang tak kena nih. ataupun, mungkin ada seseorang yg nak kena nih. )

jane: sy dah demam skrg, ada la sebahagian dr simptom2 tu, jadi saya tak boleh buat saringan H1N1 la ya?

mr: pihak hospital tak buat saringan kalau simptom2 contohnya takde demam menggigil..

(oh shit. dont tell me mr nih is another stupid government servant jenis pahat dengan tukul. antara perkara dlm dunia nih yg den paling tak gemar adalah berurusan kat kaunter kerajaan dengan kakitangan kerajaan yang lembab, bendul dan menjengkelkan.)

nyle: wait.. maksud u, orang tu kena menggigil-gigil dulu baru datang hospital dan buat saringan?

mr: maksud sy, orang tu kena ada cukup simptom2 h1n1 baru pihak hospital buat saringan...

nyle: yeah i know, so apa yang u maksudkan, orang tu kena sakit teruk sampai demam menggigil-gigil baru pihak hospital nak buat saringan?

mr: errr.. sbb ramai yang dtg mengadu sakit demam dan selsema dan semua nya pun mintak buat saringan..

nyle: so maksud u, tak payah buat saringan kalau ada simptom yang biasa-biasa saja, kena tunggu smpi menggigil baru datang hospital? maksud u, pihak hospital malas nak layan kalau demam2 biasa?

mr: err.. mcm ni lah cik, sebelum ni, cik yang ni ada pergi melawat luar negara seperti yang terdapat dalam senarai ni?

(dia tunjuk lg senarai sebelah senarai simptom.)

nyle: what? dlm malaysia kan sudah ada penularan h1n1. kenapa pulak nak concern pasal jangkitan dari luar. dlm negara ni pun dah ribu kes h1n1.

(oh shit.. shit.. mamat nih bodoh sejak lahir ke atau kakitangan kerajaan hospital nih mmg otak lembu?)

mr: err.. mcm ni lah cik, kalau cik nak benar2 pasti, kita boleh buat saringan sekarang.. untuk kepastian la..

nyle: memang pun untuk kepastian. saringan je bukan rawatan.

(den bg senyuman paling comel utk dia smbil menjeling ala2 ziana zain. mr terkebil-kebil smbil isi borang...)

mr: cik boleh tunggu kat ruangan menunggu.. sekejap lg sy panggil..

nyle: kat mana tempat menunggu. ni first time kitorang dtg unit kecemasan. (kih kih kih.. saje nak buli mamat tu..)

mr: err.. cik jalan je terus, nanti kat ujung tu ada ruang yg bnyk kerusi dan tv

(den nak tanya lg, yg bnyk tu kerusi ke tv, tp kang dia ingat den nak mengorat dia plak. hua hua hua..)

masa tu dah kul 8 lebih. den dah ngantok tahap mata berair2 nih. sekali sampai, takde org pun kat tempat menunggu tu. nasib baik. so takde la kena tunggu lama. tunggu punya tunggu, nak setgh jam, takde lg kena panggil. den dah la letih, ngantok. taklama pastu, mr tu dtg. dia kata tunggu kejap, doc tak sampai lagi..

kul 9.15, dah sejam lebih nih tunggu, den dah ngantok ya amat. ni kalau kira den nye biological clock, waktu mcm ni dah waktu arnab dah nih. mata den dah mcm arnab sungguh.

nyle: weh.. ngantok nya.. i'll wait in the car.. ape2 hal, call.

jane: ok...

den masuk je dlm keta, rebah kan seat, lock pintu, then.. krohh.. krohhh.. zzz...zzzz.... tak sempat der nak berangan2..

tgh den tido ngan nyenyak, tetiba bunyi tingkap keta kena ketuk. haa.. jane. dah kul 10.15pm. pergh.. dah dekat sejam beb den membuto dlm keta. hihi..

nyle: dah siap?
jane: huh. tak buat pun.
nyle: AIK. APASAL??
jane: doc tu dah panggil masuk. tetiba dia ckp, kalau pasal saringan H1N1, bukan dia yg buat. org lain yg kena buat. so dia suruh tunggu lg kat luar.
nyle: org mana plak ygbuat? org tu kat mana?
jane: entah. tunggu tp tak muncul2 pun org yg buat saringan tu. malas nak tunggu lg, buang masa jah.

(jane dah muka kelat. muka penat plus menyampah dgn hospital.)

kitorang balik je tanpa jane buat saringan. sbb den letih, den takde energy nak masuk balik hospital tu n cari mr tu lg. kitorang balik je dgn hampa. nasib baik jane takde ape2. rasanya la. heh.

so, thats our story. lu pikey la sendiri. u can quickly jump into conclusion, how the government through its jenterajentera bodoh dan lembab mengawal penularan h1n1.

to be continued..


1 komen:

Unknown 5:18 PTG, Ogos 10, 2009  

hmm..susah ler camtu ...ni bukti cam kerajaan (pihak hospital & ekm. Kesihatan) pun tak serius nak cegah wabak drp menular kpd rakyat yg ada mengadu sakit-2 (sikit simptom).. takkan nak tunggu lagi?

ada mangsa H1N1 yg meninggal tu tak ketara simtom pun..takkan setakat saringan tak boleh dibuat...malang betul rakyat Malaysia kalau gini...adakah sbb. doktor tak cukup? Perlukah doktor tertentu nak buat saringan? Atau sbb. kelemahan pentadbiran pihak hospital sendiri? Sbb. mereka malas(berat) nak layan pesakit.

hmm..kalau camtu kerenah hospital kerajaan, elok kita pegi klinik swasta saja..biar bayar sikit, tapi puas hati, leh tanya mcm mcm, buat saringan, dpt. vaksin? dll. Kalau kita mampu/ada covered insurans tu pegi ler jumpa specialist.

Catat Ulasan

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP